Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Bukit_Dukung

Lokasi

Stesen ini terletak di Kampung Bukit Dukung, Kajang, Selangor. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala 500m utara stesen adalah persimpangan Bukit Dukung Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Sungai Sekamat, Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Desa Baru.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Sungai Jernih)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Batu 11 Cheras)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[2] Selain itu, terdapat sebuah bagunan parkir kereta bertingkat (MSPR) yang menempatkan 353 petak parkir kereta dan 83 petak parkir motosikal.[3]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T453, T454 dan T455 berkhidmat di stesen ini.